Badang 57 cipta nama melalui eUsahawan

11-12-2017

Ahmad Fadzli Abd Konon yang lebih dikenali dengan panggilan Along bergiat di dalam bidang percetakan sejak 2012. Minat yang mendalam dan selaku pelatih bebas, beliau melahirkan satu idea untuk mengeluarkan T-shirt untuk mereka yang bersaiz besar. Jenama yang diberi adalah Badang57.

Badang57 adalah salah satu penyelesaian kepada individu bersaiz besar yang inginkan baju pelbagai pilihan saiz yang besar dari XL hingga 6XL.

Kain polo dan bersulam. Itulah istimewanya tshirt jenama Badang57 ini dengan harga yang berpatutan.

Kuasa pemasaran amat penting bagi mereka dan di atas sebab itulah Badang57 menyertai eUsahawan. Menyedari bahawa promosi secara digital boleh melangkau jauh, Ahmad Fadzli mengatakan semuanya hanya di hujung jari. Pelbagai yang dipelajari dengan eUsahawan seperti 'copywriting', Google trend, Instagram dan Facebook page.

Kesemua yang dipelajari menguatkan lagi apa yang telah diusahakan bermula di Bertam, Melaka. Antara selebriti yang menjadi rakan niaga mereka adalah Bocey, Ashraf Muslim dan Afiq Zainal. Tshirt dengan jenis kain polo bersulam ini kian mendapat perhatian kerana kualiti dan harganya yang murah.