Buat Duit Secara Online Tanpa Batasan

11-10-2017

Dalam meniti perkembangan ekonomi global yang semakin rancak dengan kemajuan teknologi komunikasi internet, ramai pengguna mengambil peluang untuk menjadi Usahawan Digital dengan menerokai bidang perniagaan secara online bagi membantu mengembangkan perniagaan dengan mengunakan platform digital. Platform digital ini dapat merangsang kreativiti pengguna dengan teknologi baru, pasaran dan peluang yang ada. 

Kepesatan kemajuan teknologi komunkasi digital ini merupakan platform terkini dan terpantas untuk menjana pendapatan. Sebelum ini pengguna menggunakan tenaga kerja, modal dan manusia untuk melakukan sesuatu perniagaan. Nah, sekarang pengguna hanya perlu mengikuti ilmu-ilmu pengetahuan intelektual, teknologi dan pelbagai bentuk inovatif untuk mengawal dunia. 

Justeru itu, jika pengguna mendekati dan mengaplikasikan platfrom digital ini, pengguna dapat menjana pendapatan dengan lebih berkesan dan luas dengan keberkesanan social media (Facebook, Instagram, Blog dan sebagainya). Salah satu program digital yang pengguna boleh ikuti ialah kempen #YOUCANDUIT di mana terdapat sejumlah lebih RM64 juta jana disediakan melalui program eUsahawan dan eRezeki pada tahun 2016.

Bootcamp eUsahawan dan eRezeki memberikan pemahaman kepada rakyat untuk mendaftar, dan akan disusuli dengan latihan percuma cara menjana pendapatan tambahan. eUsahawan adalah program keusahawanan digital untuk pelajar-pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital. Para peserta akan diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan kepada pengguna semasa.

eRezeki membuka peluang kepada individu dan isi rumah berpendapatan rendah untuk meraih peluang menjana pendapatan, menerusi kaedah dan teknologi digital. Individu akan diberi latihan untuk melakukan tugasan yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing

Rebutlah peluang ini untuk menjana pendapatan dan memberi peluang kepada diri anda untuk mengembangkan perniagaan dan ilmu.