Nizam Bijakniaga jana RM68,000 komisen melalui ilmu di eUsahawan

18-12-2017

Bermula dengan melihat iklan YouCanDuit di televisyen, ia mengubah situasi ramai orang. Begitulah yang berlaku kepada En. Salfulnizam Ab Jalil yang merupakan ejen telco Tone Excel. 

Sebelum ini hanya bergerak secara "offline" dan sudah semestinya yang paling kerap dikunjungi adalah kedai mamak. Masa yang lama untuk mempromosikan produk keluaran syarikat. Dan untuk mencari pelanggan pula tidak tentu masa, menyebabkan masanya terhad untuk hal-hal yang lain.

Namun, setelah mengikuti kelas di eUsahawan, Encik Nizam bersama beberapa rakannya mengorak langkah dengan mempelajari teknik dan selok-belok pemasaran secara atas talian. Contohnya dengan menggunakan pemasaran di Facebook, audien atau sasaran pelanggan menjadi lebih tepat.

Jika sebelum ini ada membuka booth jualan dan pendapatan kasarnya adalah RM13,000 sebulan, tetapi selepas mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari di eUsahawan, beliau memperolehi pendapatan sebanyak RM68,000 sebulan.

Apa yang menariknya adalah tenaga pengajar sentiasa membimbing dan membuat tindakan susulan terhadap mereka yang mengikuti eUsahawan ini.