Perkongsian Strategik eUsahawan dan Cradle Fund

22-11-2017

eUsahawan adalah inisiatif oleh MDEC untuk memperkasakan usahawan muda dan mikro dengan pengetahuan untuk melancarkan dan mengembangkan perniagaan atas talian.

Dengan mengintegrasikan keusahawanan digital ke dalam kurikulum rasmi kolej Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di seluruh negara, ia mensasarkan pelajar-pelajar kolej serta menawarkan kursus kepada usahawan mikro. Kandungan kursus termasuk pemasaran media sosial, pengoptimuman enjin carian, pemasaran berasaskan laman sesawang, pasaran pasaran e-dagang, pembayaran dalam talian dan topik berkaitan yang lain.

eUsahawan telah melahirkan lebih daripada 100,000 pelajar dan usahawan mikro dengan memberi latihan praktikal mengenai keusahawanan digital. Kini sebahagian besar jualannya meningkat melalui pemasaran media sosial yang menjadi trend masa kini.

Langkah seterusnya adalah untuk memupuk eusahawan yang berpotensi tinggi untuk memiliki perniagaan dan mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran global.

Program tahap eUsahawan (program 6 +3 bulan) dijalankan dengan kerjasama Cradle Fund Sdn Bhd melalui penyesuaian "Coach and Growth Programme". Ia adalah program yang bertujuan untuk menggabungkan pemain utama dalam ekosistem keusahawanan untuk memupuk usahawan sedia ada untuk mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi menerusi bimbingan. "Coach and Growth Programme" ini membantu usahawan dengan alat dan tunjuk ajar untuk melaksanakan strategi dan rancangan semasa dan peringkat seterusnya.

Seramai 50 eUsahawan dipilih untuk ke "Coach and Growth Programme" ini dengan berpandukan beberapa kriteria termasuk :

  • Menjana RM4,000 hingga RM5,000 sebulan secara konsisten
  • Mempunyai produk sendiri untuk dipasarkan.

"Coach and Growth Programme" ini merupakan program berstruktur yang akan membantu mereka ini mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih luas lagi dan membantu memaksimakan margin keuntungan dari jualan yang dilakukan.

Semoga program ini akan membeikan manfaat kepada bakal 50 eUshawan yang terpilih.