Sesiapa Sahaja Boleh Bergelar Usahawan Digital

09-10-2017

Hari ini pelbagai jenis produk dipasaran. Ada pelbagai kaedah produk-produk ini dipasarkan. Ada yang dipasarkan di kedai-kedai, dan ada juga di laman social media. Dengan lambakan medium laman social media yang boleh digunakan secara percuma seperti Facebook, Instagram, Blog dan banyak lagi, menjana pendapatan secara online adalah semudah di hujung jari sahaja. 

Bayangkan berapa banyak kos dapat dijimatkan dengan berniaga secara online. Tidak perlu kos sewa kedai, tak perlu kos sewa ramai pekerja dan paling menarik, tak perlu ke kedai pun untuk bukak atau tutup kedai. 

Masa yang ada di social media dengan 'berchit-chat' atau menulis komen di gambar atau status rakan lain boleh digunakan dengan sebaiknya dengan menjana pendapatan tambahan.

Kempen #YOUCANDUIT Menjana lebih RM64 Juta

Pernah dengar mengenai kempen #YOUCANDUIT? Ia adalah kempen digital yang dianjurkan oleh MDEC sejak Jun 2015 bagi membantu meningkatkan pendapatan tambahan kepada rakyat Malaysia melalui insentif eRezeki dan eUsahawan.

Pada 2016, Kempen #YOUCANDUIT telah menjana lebih RM64 juta melalui program eUsahawan dan eRezeki. Wow kan jumlah dia? 

Kedua-dua program eUsahawan dan eRezeki ini dibuat khusus untuk 2 target yang berbeza. 

Kalau anda adalah dikalangan pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro yang baru berminat untuk meceburi perniagaan digital, jadi program eUsahawan akan membantu mendedahkan anda kepada teknik pemasaran digital yang praktikal, efektif dan sudah semestinya relevan pada masa kini. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak lebih 85 ribu usahawan telah berdaftar dibawah eUsahawan.

Dan jikalau anda dikalangan invididu yang meraih pendapatan rendah dan berminat untuk menjana pendapatan tambahan secara online, program eRezeki adalah jawapan kepada anda. Anda akan diberikan latihan yang secukupnya untuk menjalankan tugasan yang bersesuaian dengan permintaan hari ini. 

Dengan mendaftar dibawah eUsahawan ataupun eRezeki, peserta akan memasuki Bootcamp yang mana pelbagai latihan akan diberikan sebagai persiapan kepada peserta untuk menghadapi dunia digital yang semakin berkembang dan semakin mencabar.

Daftar sebagai peserta secara PERCUMA, dan siapa tahu, yang ini adalah langkah kanan untuk anda menuju kejayaan dimasa akan datang.