#YOUCANDUIT @ BAHTERA 2018 Edisi Timur

Kepada semua orang Pahang dan warga Pantai Timur yang berhampiran!

Kempen #YOUCANDUIT akan menemui di Program Keusahawanan Bumiputera (BAHTERA) Edisi Pantai Timur pada 24 dan 25 Februari 2018 ini. Bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang.

Program Keusahawanan Bumiputera (BAHTERA) merupakan satu program kesedaran yang bertujuan mempersiapkan usahawan bumiputera Malaysia untuk menghadapi cabaran zaman perniagaan akan datang dengan penggunaan teknologi, modal usahaniaga baru dan rangkaian niaga untuk menjamin daya kemampanan di masa hadapan.

Pelajar cara untuk menambah pendapatan anda secara digital di ruang pameran #YOUCANDUIT dan ketahui pelbagai inisiatif yang disediakan kerajaan untuk membantu anda memperkembangkan lagi perniagaan anda diperingkat global.

Back
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah
Pahang
24-02-2018
Roadshow