#YOUCANDUIT Kedah 2017

Apa khabar orang utagha!

Kepada orang 'utagha' yang nak tambah pendapatan, jom datang ke program #YOUCANDUIT yang akan berada di Alor Setar, Kedah bermula pada 1 April hingga 2 April 2017. Bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.

Temui mentor selebriti kesayangan anda seperti Datuk Rosyam Noor, Fizo Omar, Mak Cun untuk berkongsi cara bagaimana untuk menambah pendapatan secara digital melalui eRezeki dan eUsahawan!

Anda juga boleh mendapatkan khidmat bimbingan daripada rakan-rakan kerjasama yang terdiri daripada SME Corp, Amanah Ikhtiar Malaysia, KWSP dan MARA.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik juga disediakan untuk seisi keluarga. Sertai pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pameran robotik #mydigitalmaker dan sesi cabutan bertuah bersama Lan Pet Pet.

Jumpa anda di sana!

 

Back
Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar
Kedah
01-04-2017
Roadshow
Closed for Registration