#YOUCANDUIT Kuala Lumpur 2018 & Karnival CEO DESA

Jom datang beramai-ramai ke Teater Muzikal #YouCanDuit pada 21 Januari 2018 dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Bertempat di Istana Budaya Kuala Lumpur.

Membariskan artis - artis terkemuka Malaysia seperti Nabila Huda, Dian P.Ramlee, Datin Paduka Umie Aida, AR Badul, Dynas Mokhtar, Enot, Dotty,  Balkisyh, Ungku Ismail Aziz & Afique Hussain bergandingan dengan para mentor selebriti #YOUCANDUIT seperti Mak Cun, Datuk Rosyam Nor, Fizo Omar dan Nabil Ahmad. Tidak ketinggalan juga selebriti Fattah Amin dan Sifu Jamal FBAds yang akan berkongsi pengalaman mereka dalam bidang keusahawanan.

Seminar Keusahawanan Muzikal PERTAMA di Malaysia ini diadakan bersempena kempen #YOUCANDUIT Kuala Lumpur dan Karnival CEO Desa bermula pada 19 hingga 21 Januari 2018 dari jam 10 pagi hingga 10 malam di perkarangan Istana Budaya Kuala Lumpur

Bila? Teater Muzikal #YouCanDuit ini akan diadakan pada:

Tarikh: 21 Januari 2018 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang (Pendaftaran masuk bermula jam 7.30 pagi)

Tempat : Istana Budaya

Etika Pakaian & Penonton : 

1) Anda perlu mengenakan pakaian yang kemas. Seluar jean lusuh, t-shirt leher bulat, pakaian yang terlalu terdedah, seluar pendek, pakaian sukan, kasut sukan dan selipar tidak dibenarkan.

2) Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk

3) Penonton bersama tiket yang datang selepas jam 8.30 pagi tidak dibenarkan masuk. Dan kekosongan tempat duduk akan dibuka kepada pengunjung yang datang secara 'walk-in'

4) Sila rujuk laman web rasmi Istana Budaya di www.istanabudaya.gov.my untuk butiran lanjut berkenaan peraturan dan etika penonton di Istana Budaya

Jangan lepaskan peluang ini! Jemput datang beramai - ramai dengan mendaftarkan diri di pautan yang disediakan bagi menempah tiket percuma anda!

Back
Istana Budaya
Kuala Lumpur
19-01-2018
Roadshow