#YOUCANDUIT Langkawi @ Festival Hebatkan Langkawi 2018 (HELANG)

Kepada semua orang Langkawi! Jom ramai-ramai datang ke #YouCanDuit Langkawi pada 3 - 5 Mei 2018. Bersempena dengan Festival #HebatkanLangkawi (HELANG) 2018.

Sertai pelbagai aktiviti menarik untuk anda sekeluarga sambil belajar cara bagaimana untuk menambah pendapatan secara digital melalui program eRezeki, eUsahawan dan eGlobal Freelancer.

Jika anda seorang pemandu pelancong yang ingin mempromosi pakej pelancongan anda. Jom datang ke 'Bootcamp eRezeki' pada 4 Mei 2018 untuk sesi perkongsian 'Experience Host'  iaitu program bagi individu yang mempunyai produk pelancongan yang bersesuaian yang boleh dihubungkan ke platform digital.

Berita baik juga untuk usahawan-usahawan di Pulau Langkawi. Anda boleh bawa produk atau perkhidmatan anda pada 3 Mei 2018 untuk dikongsikan di Sesi 'Pitching' bersama Blee dan Erma Fatima. Siapa tahu produk anda ada potensi untuk dipasarkan melalui platform online, Blee.my

Pada 4 Mei 2018, jangan lupa untuk hadir ke program 'Bootcamp #YouCanDuit' bermula jam 3 petang- 10 malam. Ada penampilan istimewa dari Datuk M. Nasir, Ziana Zain, Yabang Khalifah Band, Betty Rahmad, Datin Seri Umie Aida dan ramai lagi. Ada juga sesi perkongsian #YouCanDuit daripada mentor-mentor selebriti #YouCanDuit seperti Datuk Rosyam Nor, Erma Fatima, Anne Idris, Dinie & Khai bersama SiFUAD. Dapatkan barangan eksklusif #YouCanDuit dan berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti Komputer Riba dan 'Smartphone' berjenama!

Jangan lepaskan peluang ini untuk datang bersama keluarga dan yang paling penting adalah untuk ketahui cara jana pendapatan tambahan secara digital!

#YouCanDuit #NegarakuDigital 

 

Back
Telaga Walk, Pantai Cenang Langkawi
Kedah
03-05-2018
Roadshow