#YOUCANDUIT Melaka @ Hari Belia Melaka 2017

Apa khabar orang Melaka!

Apa kabau orang Melaka! Ada tak yang nak tambah pendapatan dengan kerja-kerja digital? Atau nak belajar cara kembangkan bisnes ‘cencalok’ anda ke pasaran yang lebih meluas dengan digital?

Jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai ke #YOUCANDUIT Melaka bersempena dengan sambutan Hari Belia Kebangsaan peringkat negeri Melaka pada 20 & 21 Mei 2017. Bertempat di perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka.

Sertai mentor selebriti kesayangan iaitu Datuk Rosyam Noor yang akan berkongsi cara bagaimana untuk menambah pendapatan secara digital melalui eRezeki dan pelajari tips-tips pemasaran digital dengan eUsahawan bersama ‘Mak Cun’. Terdapat pelbagai aktiviti menarik juga disediakan untuk seisi keluarga bersama maskot 'Upin & Ipin' dan 'Didi & Friends'

Jumpa anda di sana!

     

Back
Stadium Hang Jebat, Melaka
Malacca
20-05-2017
Roadshow