#YOUCANDUIT Perlis

Tu diaaaa...Orang Perlih!

#YOUCANDUIT akan menemui anda pada 24 hingga 27 Ogos 2017 bersempena dengan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis 2017 dari 9 pagi hingga 4 petang.

Temui mentor selebriti kesayangan anda seperti Datuk Rosyam Noor, Fizo Omar dan Mak Cun yang akan berkongsi cara macam mana untuk kita tambah pendapatan melalui eRezeki dan eUsahawan.

Dapatkan pelbagai khidmat bimbingan daripada rakan kerjasama seperti KWSP, MARA, SME Corp, MARDI dan banyak lagi. Terdapat banyak aktiviti menarik disediakan untuk seisi keluarga bersama maskot adiwira Boboiboi, Didi & Friends dan Upin Ipin.

Jadi apa tunggu lagi, kempen YOUCANDUIT terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang ingin mencari pendapatan tambahan!

 

Back
Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar, Perlis
Perlis
24-08-2017
Roadshow