#YOUCANDUIT Pulau Pinang

Saya ada berita baik untuk orang Penang!

Kempen #YOUCANDUIT anjuran MDEC akan menemui anda yang berada di Pulau Pinang pada 29 hingga 30 Julai 2017. Dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan ketahui cara bagaimana nak tambah pendapatan secara digital dengan eRezeki dan eUsahawan.

Temui mentor selebriti kesayangan anda seperti Datuk Rosyam Noor, Fizo Omar dan Mak Cun yang akan berkongsi cara macam mana untuk anda tambah pendapatan lagi-lagi lepas musim perayaan ni kan.

Juga dapatkan pelbagai khidmat bimbingan daripada rakan kerjasama seperti Maktab Koperasi Malaysia, KWSP, MARA, SME Corp, TEKUN dan banyak lagi. Terdapat banyak aktiviti menarik juga disediakan untuk anda seisi keluarga.

Jadi apa tunggu lagi, kempen YOUCANDUIT terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang ingin mencari pendapatan tambahan! 

Back
Politeknik Balik Pulau
Penang
29-07-2017
Roadshow